Saturday, July 10, 2010

Sudah sudahlah..


Rasulullah s.a.w bersabda :

"Tidak ada muslim yang ditimpa kesusahan, kesakitan yang berlanjutan, kerisauan, kesedihan, kecedaraan atau kekhuatiran ataupun dicucuk duri melainkan Allah akan menjadikannya ganti rugi (kifara) terhadap dosa-dosanya."

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

" Kemarahan berpunca dari kekecewaan, dan kekecewaan itu berpunca dari ketidakpuas hati menerima satu ketentuan. Atau boleh dianggap kekecewaan itu lahir apabila kita cuba menolak takdir yang tersurat. Bukan mudah menerima takdir yang besar. Apatah lagi menerima hakikat kita kehilangan sesuat berharga. " " Sesungguhnya kita tidak pernah memiliki apa-apa, bagaimana kita perlu merasai kehilangan sesuatu? Aku mengajak diriku dan temanku berfikir.. Adakah kamu memahami bahawa segala yang di dunia ini hanya pinjaman, sebagai modal untuk bekal ke akhirat. Adakah kamu mengerti? " * Kamu harus sedar bahawa kamu atau saya tidak memiliki apa-apa. Semuanya hak milik-Nya. * Segala yang kita miliki adalah pinjaman sementara. Lihat sahaja tubuh yang dapat melakukan pelbagai perkara, ia adalah anugerah Allah. Begitu juga dengan perasaan kamu, ia dapat merasakan bahagia, benci, suka dan duka, semuanya terilham dengan izin Allah. Justeru, seandainya tuan punya barang meminjam sesuatu kepada kita, lalu diambil kembali barang itu, adakah kita wajar marah kepadanya? Sudah tentu tidak, memang dia berhak keatas barangnya dari awal lagi. Ya tepat,itulah konsep manusia terhadap Allah S.W.T. Segalanya adalah pinjaman untuk dijadikan alat beramal sebagai bekal di akhirat. Jika kamu pernah memiliki sesuatu dan kehilangannya, bersyukurlah kerana kamu pernah merasa nikmat memiliki sesuatu itu. Begitu juga dengan nikmat perasaan, jika suatu ketika Tuhan anugerahkan kesedihan selepas kegembiraan, kamu juga patut bersyukur. Mudah-mudahan hidupmu akan segera diganti dengan kegembiraan yang lebih baik.


No comments:

Post a Comment